Apa itu Virus dan Antivirus?

Virus Komputer




Virus dalam komputer ialah satu program kecil bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik atau mati terus. Selalunya virus akan menyerang sektor but (boot sector), fail *.exe dan *.com. jenis-jenis virus ini dipanggil virus but dan virus fail, Terdapat satu lagi virus dipanggil virus macro yang akan merosakkan fail data program Microsoft Word dan Excel. Secara lazimnya virus akan membiak, memindah dan memadam fail-fail data pada masa-masa tertentu atau semasa program dibuka.

Lebih daripada 6000 jenis virus komputer terdapat di seluruh dunia. Kebiasaanya virus ini tidak dapat dikesan sekiranya komputer tidak mempunyai Anti Virus. Walaubagaimanapun pengguna mungkin akan merasakan sesuatu yang berlainan berlaku pada komputer bilamana terdapat kesan-kesan berikut:

1. Proses data lambat
2. Fail tak boleh dibuka
3. Data hilang
4. Dan lain-lain

Untuk mengelakkan komputer daripada diserang virus , adalah lebih baik pastikan perisian anti virus telah di install ke dalam komputer anda.

Antivirus


Antivirus adalah sebuah program yang dicipta khusus untuk menghalang virus komputer tersebar dalam komputer pengguna sekali gus merosakkan fail peribadi dan fail sistem yang terdapat pada komputer pengguna. Terdapat antivirus yang berbayar dan antivirus yang percuma yang diciptaoleh pelbagai syarikat perisian. Setiap antivirus mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Fungsi antivirus:
- Mengelakkan virus dari storan luaran atau internet memasuki komputer pengguna
- Mengesan virus pada segala fail termasuk fail perisian/sistem dari setiap direktori yang ada dalam komputer pengguna 
- Megesan virus pada segala  fail dalam peranti storan.
- Memadam dan menghilangkan virus yang menjangkiti fail-fail pengguna

Jenis Antivirus
a) Antivirus     - Fungsi asas antivirus
b) Internet Security    - Fungsi Asas antivirus + melindungi data yang dibackup secara online
c) Total Security     - Fungsi Asas antivirus + melindungi data yang dibackup secara online + menghalang virus memasuki pada multi-platform (Windows, Mac, Android)
First