Antivirus Bitdefender






Pengenalan
BitDefender adalah  perisian antivirus yang dibangunkan oleh syarikat perisian Softwin yang berpangkalan di Romania. Bitdefender dilancar pada November 2001. Pada 26 Jun 2013, Bitdefender memasarkan produk mereka versi ke-18 dengan menyertakan beberapa perlindungan, meningkatkan prestasi antaranya Search Advisor, Perfomance Optimizer dan banyak lagi ciri lain.

Produk Bitdefender mempunyai anti-virus dan anti-spyware, pengesanan yang efektif, firewall peribadi, pengimbas vulnerability, kawalan privasi, kawalan pengguna dan backup untuk pengguna coporate dan home. PC Tuneup dan Pefomance Optimizer pula telah terbina pada Total SecuritySuite.

Sejarah  
Pada tahun 2001, Bitdefender mengganti AVX (AntiVirus eXpert). Pada 1996 hingga 2001 AVX ialah produk yang dipasarkan secara meluas yang menawarkan pengemaskinian pintar tanpa arahan dari pengguna dan ianya terbina pada internal browser yang mengimbas dan memantau fail yang dimuat turun. AVX juga merupakan antivirus pertama yang menyediakan firewall peribadi.

Produk BitDefender
Produk BitDefender merangkumi produk antivirus untuk Home dan Bussiness. Home editions disokong oleh platform yang berbeza antaranya MS Windows, Symbian OS, Windows mobile, Mac OS X, Android dan iOS manakala Bussines editions disokong oleh platform Microsoft Windows, Linus, FreeBSD, Solaris dan Mac OS X. Pada versi terkini Home/Home Office, feature yang disertakan seperti antivirus, anti-spyware, firewall, email spam filtering, backup, tune-up dan parental control component. Pengesanan asas secara percuma ditawarkan pada laman web Bitdefender. Walau bagaimanapun, pengguna perlu berdaftar untuk menggunakan pengesanan percuma sehingga 1 tahun. BitDefender dicipta untuk melindungi komputer dari virus dan spyware. Kini mereka menawarkan real-time protection kepada pengguna. Bitdefender memberi saingan yang kuat dalam industry antivirus. 


Previous
Next Post »